Sewaktu aku sedang memerhatikan album lamaku, fikiranku menerjah kembali peristiwa yang berlaku masa lalu yang kira – kira dua tahun yang lalu.Ketika itu,aku berusia 14 tahun dan mempunyai seorang kawan baik yang sebaya dengan aku.Aku masih ingat namanya iaitu Nadia Nadirah.Kami Sering melakukan aktivi bersama – sama.Antaranya,melawat tempat – tempat bersejarah,mendaki gunug dan benyak lagi.Beberapa kawan lain akan turut serta bersama kami iaitu Yuvaraaj,Syakir,Yusrina dan Intan.
Pada cuti sekolah penggal pertama,kami bercadang hendak ke Sungai Congka.Kemudian,kami pun membuat persediaan yang selengkapnya.Pada hari seterusya,ayahku membawa kami ke Sungai Congkak seperti yang dicadangkan.Inilah kali pertama,kami menjejakan kaki di Sungai Congkak.Air sungainya sejernih batu kristal dan memukau mata memandang.Awan –awan berkepulan di langit yang megah.Cuaca pula amat baik untuk melakukan sebarang aktiviti.
Pada mulanya,Kami mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan barang –barang yang dibawa.Kami memilih tempat yang berhampiran dengan air terjun.Kami amat besyukur kerana masih ada lagi tempat yang belum dinodai oleh tangan –tangan manusia yang tidak bertanggunjawabitu.Alangkah indahnya suasana hari itu.Selepas beberapa minit, kami duduk berhampirandengan air terjun sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan yang begitu indah.
Kami berenam bercadang untuk mendaki bukit yang tersergam indah.Bagi melupakan kepenatan ,kami mendaki bukit sambil bernyanyi dan bersuka ria.Hampir empat puluh minit kami melalui semak –samun dan belukar ,akhirnya kami sampai di puncak bukit itu Kami juga tidak lupa untuk mengambil gambar berkonsepkan pemandangan indah.Rugilah kalau kami bersusah payah sampai ke puncak tersebut dan tidak mengambil gambar sebagai kenangan.Hari hampir senja,jadi kami membuat keputusan untuk turun dari bukit tersebut.
Inilah saat – saat yang dinanti – nantikan oleh kami semua iaitu bermandi – manda.Wah betapa gembiranya bermandi manda sambil bersuka ria! Memang mempesonakan .Sewaktu itu,akubagaikan terlupa sesuatu.tetapi aku tidak dapat mengingatinya.Tiba –tiba Yusrina meminta kamera untuk menangkap gambar.Barulah aku sedar bahawa aku tertinggal kamera di tempat tadi.Aku meminta Yuvaraaj menemaniku kerana hari pun makin gelap.
Tiba – tiba aku dikejutkan dengan suatu jeritan yang boleh menyebabkan daun – daun pokok di kawasan ini gugur.Aku dan Yuvaraaj saling berpandangan.Kami segera menuju ke tempat kejadian .Apabila kami sampai di sana,aku terkejut lalu menjerit apabila mendapati seekor ular berhampiran badan Nadia yang terbaring tidak sedarkan diri.,Ya Tuhan.Adakah aku bermimpi ?Adakah benar Nadia telah dipatuk ular?Aku segera pergi mendapatkan Nadia.Kawan – kawan yang lain mengelilinginya.Sebelum dia menutup mata,dia melihat kami dan mencium tanganku lalu menghembus nafasnya ybuat kali terakhir .Aku menjadi kaku.Aku menjadi panic.Aku mula menangis.Kawan – kawanku yang lain memujukku.Tetapi aku tidak dapat menerima kawan baikku sudah tiada di dunia ini lagi.Adakah aku akan menemuinya lagi?Tidak.Tidak.Aku tidak akan meneminya lagi.Yusrina segera mendapatkan telefonnya lalu menelefon ibu bapa kami.Ayahku menjemput kami pulang.Sementara itu,mayat Nadia telah di bawa ke hospital berdekatan.
Kami telah berjumpa dengan ibu bapa dengan ibu bapa Nadia dan meminta maaf.Mereka amat sedih atas kehilangan anak kesayangan mereka.Mulai hari itu kami tidak ke Sungai Congkak lagi.Peristiwa itu akan kuingat hingga akhir hayat.
No comments:
Post a Comment